Sunday, July 26, 2009

Friday, July 24, 2009

long break holiday..


Since last month we got many things to do.busy with our job and family matter,today we uploading new image@composite thing.feel free to view and comment.

regards,

Azumbi

Friday, July 17, 2009

main2 strobe

mlm jumaat yg xsia2 bila sifu najib tepon ajak main2 strobe kat port biasa..mmg best!! b4 beraksi kami semua lepak dulu kat LEPAK cafe pekena TEH TARIK LEPAK hat rega agak cun rm2.80 jaaa..hehehe..mlm tu ramai jgk yg hadir utk beraksi n mempelajari teknik2 strobe. kpd azim n hezriq,sorry la noh..ampa bz sgt,tepon byk kali pun xsampai2 jgk..apa2 pun kami semua berterima kasih kpd JEEBSION yg sempoi dok ajaq kami..steady JEEBsion

Monday, February 9, 2009

untuk apakah anda membayar jurugambar anda?

ARTIKEL

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda?
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:


1) Kos Peralatan KameraUntuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.


2) Kemahiran JurugambarUntuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.


3) Masa PerkhidmatanJurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.


4) Perkhidmatan Selepas RakamanSetelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.


5) Kos materialSelain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.


Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.


-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Friday, February 6, 2009

Munir And Zana Engagement


My friend Munir has found his beloved soon to be wifes named Zana.congrat to him.

Monday, January 19, 2009

Pulang ke halaman rumah



Memandangkan aku tidak pulang ke rumah,terasa rindu yang amat kepada anak2 buah yang sering datang ke rumah atok mereka.bila sampai di rumah,kami sekeluarga berbual-bual sambil menikmati jamuan chappati yang dibeli oleh abang ipar ku.memandangkan terlalu busy keadaan rumah,aku mencapai D70 ku lalu shoot ke objek2 yang menambat hati.antaranya anak buah aku yang bernama Adam Darwisy.terlalu gembira riak wajahnya ketika aku shoot.hehehe...suka dia..
tetapi malangnya kepada anak buah ku yang seorang lagi ni,Patrisya Khairina telah rebah ketika berlari ke arah kakak aku yang baru pulang dari pergi membeli makanan.mak aih dia punya rebah mmg kaw punya.lebam sebelah muka.kesian..hishh..budak2 mmg susah nk di bendung dari gejala lari berlari ni.apa lagi,kena sound dek baba nya la.nasib baik kakak aku yg sorang lagi ambik minyak gamat sapu ke muka dia.orang kedah kata "selak".menangis sakit telinga dengar.huhu..
so itu ja la story aku yang sempat di kongsi bersama.

enjoi !